Kejadian Malang Semalam.

Semalam Jumaat (23 Oktober) aku telah kehilangan barang yang rasanya amat bernilai buat diri aku. Semalam aku telah kehilangan beg yang berisi beberapa barangan penting. Antara barangan yang terdapat di dalamnya ialah handphone bersama charger, thumbdrive, MP3 player, duit dan beberapa lagi barangan yang tidak dapat diingati. Aduhh...rasa cam nak nangis je. Walaupun Handphone tu tak mahal (tapi ketika beli tu harganya dekat RM2000 gak la), tapi tetap bernilai buat aku kerana banyak nostalgianyer dan paling penting nombor-nombor kengkawan dan nombor akaun gak ada dalam tu. Yang lebih tragis, aku tak perasan beg itu hilang semasa aku dalam perjalanan balik ke kampung. Aku naik motor dan letakkan beg itu di depan mataku...tapi tak perasan bila jatuhnya. Sebaik sampai kampung, aku terus letakkan beg baju dan pergi semula mencari di tepi jalan sepanjang laluan lebuhraya Ipoh-Lumut. Namun malang sekali, tidak lagi dapat dijumpai. Mungkin telah diambil oleh orang lain. Harap orang yang menjumpainya dan mengambilnya terbuka hati untuk memberikan semula kepadaku.Aku sangat sedih. Tapi aku tetap positif. Mungkin ada hikmahnya (bak kata Ustazlah). Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti di kemudian hari. Insyaallah.

Written by

0 comments: