Lepas dan Bebas!!!!!

Minggu lalu aku dah terima satu perkhabaran yang menarik dan sangat bestlah! Bagi aku perkhabaran itu adalah yang terbaik setakat ini bagi tahun 2010. Aku telah bebas dan tersangatlah gembira bak seekor burung yang telah dilepaskan keluar dari sangkarnyer. Masakan tidak, setelah memegang jawatan sebagai guru data selama 7 tahun dan telah merasa perit pahit, suka dan duka malah pahit maung mengerjakan tugasan tu...baru kini terasa satu beban telah terangkat dari bahu ini. Kini aku dah kembali bergelar seorang guru sepenuh masa dan dapatlah kini memberikan sepenuh fokus kepada anak-anak murid aku.
WOW!!!! memang best.
Aku ada banyak perancangan untuk anak-anak murid aku. Jadi bebudak tu pun rasanya gembira kot sebab aku boleh berada lama dalam kelas diaorang tu. Atau mungkin juga ada yang akan lebih berhati-hati kerana aku dah boleh berikan fokus sepenuhnye kepada mereka. Hahahahaaaa...

Written by

0 comments: