Pengalaman Saya yang paling best!!

Khamis (10.06.2010) telah meninggalkan satu kenangan manis buat diri saya. Rasanya pengalaman yang mungkin tidak akan dapat dilupakan seumur hidup. Pada hari tersebut, sya telah menjadi seorang PENEMUDUGA!!! heheheheeh...maaf, maklumat tertentu tidak dapat dinyatakanlah. Nama tempat dan syarikat/pusat pengajian tidak boleh didedahkan. 'Sorry'lah ye.Bukan slalu peluang begitu datang walaupun cuma satu simulasi temuduga untuk persediaan pelajar.
Orang yang ditemuduga tu taklah ramai tetapi cukup untuk meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam dalam memori saya. Biasanya saya yang ditemuduga...tetapi kali ini bila bertindak sebagai penemuduga...macam-macam yang telah dapat saya perhatikan. Pelbagai karenah dan gaya tutur kata yang mencuit hati. Rasanya macammanalah saya dulu ya. Entah-Entah lebih kurang saja.
Wahahahahaaa,..bertindak sebagai penemuduga juga bukan senang rupanya. Selepas calon pertama dan kedua...idea semakin kurang. Walaupun diberikan garis panduan...namun kadangkala kita perlu pelbagaikan soalan agar lebih kena dengan skop kerja yang diminta/ditawarkan. Memang mencabar. Nasib baiklah seorang lagi penemuduga tu lebih mahir dalam bidang tersebut.
Namun saya puji tentang matlamat simulasi temuduga ini dilakukan. Pelajar-pelajar dapat didedahkan lebih awal tentang suasana menghadapi temuduga. Rasanya tak banyak kaedah seperti ini dilakukan di negara ini. Pelajar-pelajar dapat merasai sendiri bagaimana satu temuduga berlaku dan bagaimana menghadapinya. Memang bagus. Menyediakan pelajar pengalaman sebelum menghadapi satu temuduga sebenar. Dan harap-harap biarlah tahun hadapan saya dijemput lagi. Hahahaahaaa,....

Written by

0 comments: