Apakah Pembestarian Sekolah?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberikan fokes kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Program ini juga membawa maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utamanya ialah dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperolehi dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self paced)

sumber : Kumpulan Bestari Kohot 4 IPG Ipoh

Written by

0 comments: