Tak patut!!!
Minggu lepas (alamak,..lupa lak tarikh), kami, semua guru-guru diminta hadir ke sekolah waktu petang untuk mengisi buku pendua perkhidmatan (buku hijau) kami sendiri. Rasanya tak adil betul. Sepatutnya semua tu kerja kerani. Tetapi nampaknya disebabkan kekurangan tenaga kerja kerani yang tinggal seorang (bukan kerani pun cuma jurutaip yang terpaksa memangku jawatan tu) kami diminta mengisi sendiri semua butiran yang berkaitan perkhidmatan dalam buku tersebut. Sebenarnya tak pernah buat langsung...jadi tak retilah nak tulis apa. Taklimat diberikan oleh GB dan dalam taklimat tu aku sendiri pun tak paham nak kena tulis apa. Kalau salah tulis menyesal ooo di akhir perkhidmatan nanti.
Itulah, siapa kata kerja jadi cikgu ni senang? Kadang kala jadi tukang kebun, kekadang jadi kerani, kekadang jadi tukang baikpulih dan macam-macam lagi. Aduh... dahla sekarang ni banyak kerja dengan tanda kertas budak, isi markah budak, majlis penyampaian hadiah, program itu, program ini, data tu, data ni...haiii macam-macam.

0 comments: