Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisic ing elit, sed do eiusm
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisic ing elit, sed do eiusm
Showing posts with label Bestari. Show all posts

Rindu kat bebudak SKKBTI

Esok nampaknya bermulalah semula tugas aku sebagai seorang guru. Sememangnya aku sudah merindui anak-anak muridku serta rakan sejawat yang lain. Walaupun ada antara mereka yang "tak sebulu" dengan aku, tetapi aku tetap merasakan betapa bosannya aku tanpa mereka. Ada yang boleh bergurau senda dan ada yang langsung tak berapa nak mesra. Biasalah perangai "orang lama".Hehehe.. Entah macammanalah agaknya keadaan murid-murid aku di sana sepeninggalan aku selama sebulan ke IPG Kampus Ipoh. Adakah banyak perubahan yang mereka telah lakukan. Diharap perubahan tersebut biarlah yang positif terutamanya dalam hal pelajaran.
Esok juga merupakan bermulanya tugasan yang sepatutnya aku lakukan. Tugasan dalam bentuk projek yang diamanahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan IPG Kampus Ipoh kepada kami, peserta Kursus Pembestarian Sekolah Kohot 3. Projek itu masih dalam perancangan dan aku masih perlu berbincang dengan Guru Besar.Samada dia setuju atau tidak. Rasanya dia setuju kot. Harap haraplah.


Read more

Apakah Pembestarian Sekolah?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberikan fokes kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Program ini juga membawa maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utamanya ialah dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperolehi dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self paced)

sumber : Kumpulan Bestari Kohot 4 IPG Ipoh


Read more